BlackBerry Malaysia Menjadualkan Acara Media Minggu Hadapan

BlackBerry Malaysia Menjadualkan Acara Media Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Sep 12, 2013 oleh .

BlackBerry Malaysia InviteNampaknya, pada minggu hadapan beberapa syarikat teknologi utama akan mengumumkan beberapa perkara menarik. Selain Nokia Malaysia dengan Nokia Lumia 1020 dan juga Samsung Malaysia dengan Galaxy Note 3, kini pihak BlackBerry Malaysia juga turut sama menjadualkan sebuah acara khas pada minggu hadapan.

Apakah yang akan diumumkan pada minggu hadapan masih menjadi tanda tanya, memandangkan tiada sebarang peranti baru diumumkan baru-baru ini selain daripada peranti berasaskan BlackBerry OS 7. Daripada pertanyaan kami kepada beberapa pihak, ia dikatakan bukan berkaitan peranti BB OS 7.

Mengikut pelbagai desas-desus sebelum ini, ia sedia dikatakan pihak BlackBerry akan mengumumkan BBM untuk Android dan juga iOS pada bulan ini.

Dan pada jemputan juga, BlackBerry Malaysia memberikan petanda memfokuskan kepada “Conversation“, yang mana secara tidak langsung memberikan idea kepada BlackBerry Messenger. Namun, ia hanya sekadar spekulasi daripada pihak kami buat masa ini.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan diumumkan oleh pihak BlackBerry Malaysia pada minggu hadapan, dan seperti biasa kami akan membawakan kemaskini langsung pada 18 September kelak.

Kemaskini : Pihak PC.com mengatakan BlackBerry Z30 akan diperkenalkan pada tarikh tersebut.


TIPS & ULASAN