Cari @ Amanz

Dengan beberapa ura-ura berkaitan tablet Nokia sebelum ini, dan kini beberapa info bersama-sama sebuah gambar diterbitkan pada laman WinSuperSite, memperlihatkan apakah yang akan disertakan pada tablet daripada Nokia kelak.

Nokia Sirius

Mengikut apa yang dikatakan, tablet dengan nama kod “Sirius” ini menyertakan skrin bersaiz 10.1-inci dengan paparan 1080p, dilengkapi cip pemprosesan Qualcomm 8974, serta dilengkapi dengan sokongan LTE terbina.

Tablet ini juga akan menyertakan kamera 6.7-megapixel dan dikatakan akan membawakan sokongan bateri sehingga 10 jam.

Nokia dilaporkan akan mengadakan sebuah acara media khas pada penghujung bulan ini, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut berkaitan dengannya pada acara berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd