Virgin Mobile Hadir Ke Malaysia Melalui Syarikat Telekomunikasi FRiENDi

Virgin Mobile Hadir Ke Malaysia Melalui Syarikat Telekomunikasi FRiENDi

Diterbitkan pada Sep 12, 2013 oleh .

Nampaknya dunia telekomunikasi di Malaysia terus meriah, dimana kini ia dilaporkan pihak Virgin Mobile akan memasuki pasaran Malaysia melalui sebuah perkhidmatan prabayar yang dinamakan sebagai FRiENDi.

FRiENDi di Malaysia merupakan kerjasama antara Virgin Mobile Middle East & Africa dan juga pihak Kumpulan Perangsang Selangor Berhad.

Perkhidmatan FRiENDi ini dikatakan akan kenakan caj mengikut per saat, dan bukannya mengikut blok seperti syarikat telekomunikasi lain di Malaysia.

Buat masa ini, FRiENDi masih lagi pada tahap pendaftaran, maka pelan dan pakej yang akan ditawarkan masih tidak diketahui sepenuhnya. Namun, daripada apa yang dikongsikan, FRiENDi dikatakan akan menawarkan starter pack pada harga RM5 yang didatangkan bersama-sama kredit RM5.

Bagi para pengguna yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan perkhidmatan ini, boleh mendaftarkan minat pada halaman rasmi mereka.


TIPS & ULASAN