Cari @ Amanz

Asus sedia mengumumkan sebelum ini yang mana tablet Nexus 7 (2013) akan hadir ke pasaran tempatan pada bulan ini, dan melalui katalog bulanan yang diterbitkan untuk September dan Oktober, kini Asus Malaysia menyenaraikan Nexus 7 pada harga RM999.

Daripada apa yang diketahui, versi 16GB WiFi bermula pada harga RM999, sementara versi 32GB LTE pula berharga RM1299.

Asus Nexus 7 Malaysia

Seperti semua sedia maklum, Nexus 7 (2013) adalah tablet terbaru daripada pihak Google dan Asus, membawakan beberapa kemaskini, termasuk paparan bersaiz 7-inci dengan resolusi 1200×1920, kamera belakang 5-megapixel, dan sokongan memainkan permainan lebih baik berbanding sebelumnya.

Daripada perkongsian pihak Asus Malaysia, harga yang diterbitkan pada katalog mungkin bukan harga akhir, dan mungkin boleh mengubah ia pada bila-bila masa.

Harga permulaan RM999 untuk Nexus 7 boleh dikatakan agak mahal, apatah lagi jikalau dibandingkan dengan set yang diimport daripada Amerika Syarikat yang dijual pada harga hanya sekitar RM950.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd