Cari @ Amanz

Clarion Malaysia hari ini telah melancarkan sistem inforia yang dipanggil Clarion AX1. Menariknya berkenaan sistem inforia ini adalah dimana ia dijana menggunakan sistem operasi Android, dan menawarkan beberapa fungsi menarik bersama dengannya.

[amanz-gallery]

Berkenaan spesifikasi, sistem Clarion AX1 ini membawakan paparan sebesar 6.5-inci dengan resolusi HD penuh 1080p. Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan ARM Cortex A8 dan RAM sebanyak 1GB. Ia juga mempunyai slot mikro-SD dan dua slot USB. Clarion AX1 ini dilihat dijana menggunakan sistem operasi Android Gingerbread 2.3.7. Selain menawarkan sokongan sistem inforia, Clarion AX1 juga menyokong paparan kamera undur seandainya pembeli mempunyai kamera tersebut pada kenderaan mereka.

Meskipun ia menggunakan Android Gingerbread, berdasarkan percubaan, sebagai sistem inforia kenderaan, tahap sistem operasi tersebut sememangnya mencukupi. Tiada slot SIM pada peranti ini, akan tetapi, melalui proses ‘pairing’ ia boleh menjadi salah satu WiFi Access Point.

Sistem ini dijual bermula hari ini melalui laman web rakan kerjasama muzik mereka iaitu Infogo. Ia dijual pada harga pengenalan RM1,599 dan terhad untuk 3,000 unit pertama. Harga runcit selepas kesemua unit tersebut dijual adalah RM2,400.

Penjualan ini juga turut sama menyokong pembelian daripada beberapa negara lain seperti Indonesia, Jepun, Thailand dan juga India. Setiap pembelian yang dilakukan sekarang akan dipos pada November 2013.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd