Selain daripada Android 4.4 KitKat yang akan datang, peranti yang semestinya dinantikan ramai peminat Android seluruh dunia semestinya kemaskini telefon pintar Nexus baru.
Selain daripada sebuah peranti yang diperlihatkan pada video Android 4.4 KitKat sebelum ini, kini melalui pendaftaran di FCC, beberapa gambar baru hadir, dikatakan sebagai Nexus 5 yang akan diperkenalkan kelak.
Berbeza dengan LG G2, ia masih mengekalkan rekabentuk seumpama Nexus 4, tetapi dijangka akan menyertakan spesifikasi seumpama LG G2.
Jadi, apa kata anda berkenaan dengan peranti ini?