Cari @ Amanz

Twitter MusicIa bukan sesuatu yang baru untuk syarikat berasaskan IT untuk menawarkan saham mereka kepada umum. Terkini, selepas pihak Facebook, Twitter juga kelihatan akan mengikut jejak, dan telah pun mengatakan mereka telah pun memfailkan syarikat mereka untuk IPO (Initial Public Offering).

Dengan menawarkan saham kepada umum, kelak Twitter akan turut sama menerbitkan pelbagai perkara berkenaan kewangan syarikat kepada yang lain.

Pada hari ini, Twitter sedia mempunyai lebih 200 juta pengguna seluruh dunia, dan merupakan salah satu perkhidmatan sosial yan digunakan ramai.

Dengan menawarkan saham kepada umum, ia sekaligus akan membolehkan Twitter mendapat dana yang banyak untuk digunakan dalam pelbagai perkara. Mengikut penganalisa, melaluinya, Twitter dijangka akan terus mengukuhkan kedudukan mereka dengan menambah beberapa staf, selain mana mengambil-alih syarikat-syarikat berpotensi dibawah portfolio mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd