Cari @ Amanz

Western Digital sedia terkenal sebagai pengeluar cakera keras, dan kini, mereka turut sama telah mengemaskini tawaran cakera keras mereka untuk pengguna tempatan dengan menambah WD Red yang hadir dalam pilihan saiz 2.5-inci.

WD Red ini turut sama serasi dengan kebanyakkan sistem NAS utama pada hari ini, dan dioptimasikan untuk penggunaan tenaga rendah.

WD Red

Menurut pihak Western Digital, WD Red menyertakan NASware 2.0, sekaligus melindungi data pengguna dengan lebih baik sekiranya keadaan seperti gangguan tenaga berlaku. WD turut sama menyertakan sokongan 3D Active Balance Plus untuk membolehkan ia menambah baik prestasi cakera keras tersebut.

Dan khas untuk para pelanggan WD Red, pihak Western Digital menawarkan perkhidmatan sokongan pelanggan melalui telefon 24 jam, dan juga jaminan terhad selama tiga tahun.

WD Red baru yang bersaiz 2.5-inci berharga RM349 untuk versi 1TB, sementara versi 750GB berharga RM269. Selain itu, versi 4TB bersaiz 3.5-inci pula berharga RM699.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd