Cari @ Amanz

Dengan pengumuman iPhone 5S dan juga iPhone 5C pada minggu ini, pihak Apple juga telah membuang penyenaraian iPhone 5 daripada Apple Store Malaysia. Kini, beberapa pengedar Apple telah pun mula menghabiskan stok iPhone 5 mereka pada harga bermula RM1999.

Sementara untuk versi 32GB pula ia dijual pada harga RM2399, dan versi 64GB pada harga RM2749.

Melalui syarikat telekomunikasi pula, tiada sebarang perubahan yang diperlihatkan buat masa ini. DiGi pula, melalui laman Facebook mereka telah mula mempromosikan iPhone 5C berwarna kuning, sekaligus seperti memberikan petanda mereka akan menawarkannya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd