Google Memperkenalkan Chrome 29 Untuk iPhone Dan iPad

Google Memperkenalkan Chrome 29 Untuk iPhone Dan iPad

Diterbitkan pada Sep 13, 2013 oleh .

Google ChromePelayar web Chrome boleh dikatakan salah satu pelayar web pelbagai platform yang digunakan ramai. Hari ini, pihak Google turut sama memperkenalkan kemaskini untuk versi iPhone dan iPad, sekaligus membawakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya.

Salah satu perkara baru yang disertakan adalah sokongan carian suara, dimana pengguna boleh bertanyakan soalan antara satu sama lain yang berkait dengan mudah.

Disamping itu, pengguna juga kini boleh melihat penggunaan data dan penjimatan data melalui pelayar web Chrome mereka.

Bagi pengguna iPhone dan iOS yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Chrome ini secara percuma hari ini.

Muat-Turun Chrome untuk iOS


TIPS & ULASAN