PayPal Akan Memperkenalkan Sokongan “Seller Protection” Untuk Penjual Malaysia

PayPal Akan Memperkenalkan Sokongan “Seller Protection” Untuk Penjual Malaysia

Diterbitkan pada Sep 13, 2013 oleh .

PayPal sedia digunakan dengan meluas bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia untuk tujuan jual beli. Kini, dengan adanya pejabat sendiri di Malaysia, kini ia diumumkan fungsi “Seller Protection” akan diperkenalkan untuk penjual rantau ini pada 11 Oktober 2013 kelak.

Melalui polisi baru ini, ia akan melindungi para penjual, dimana sekiranya barang yang dihantar oleh mereka dikatakan tidak diterima penbeli, pihak PayPal akan menanggung kosnya.

Polisi ini hanya meliputi Amerika Syarikat dan juga Eropah sahaja buat masa ini, dan akan diperluaskan ke Asia Pasifik pada bulan Oktober ini.

Dengan pengenalan polisi baru ini, ia sekaligus akan membolehkan arena edagang di Malaysia berkembang luas, selain mana turut membolehkan para penjual lebih terlindung berbanding sekarang.


TIPS & ULASAN