Gameloft Menawarkan Asphalt 8 Untuk iOS Secara Percuma Untuk Tempoh Terhad

Gameloft Menawarkan Asphalt 8 Untuk iOS Secara Percuma Untuk Tempoh Terhad

Diterbitkan pada Sep 13, 2013 oleh .

Selepas melancarkan permainan perlumbaan kereta terbaru daripada Gameloft, iaitu Asphalt 8, hari ini mereka mula menawarkan permainan berkenaan secara percuma, khusus untuk para pengguna peranti iOS.

Asphalt 8 membawakan permainan perlumbaan popular berkenaan dengan lebih pilihan kereta dan juga latar kawasan, disamping turut menambah baik dari segi grafik permainan tersebut.

Bagi para pengguna iOS yang berminat, anda boleh memuat-turun permainan ini secara percuma daripada hari ini sehingga hari Isnin depan, ataupun mendapatkannya pada harga $0.99 selepas tempoh berkenaan.

Muat-Turun Asphalt 8 untuk iOS


TIPS & ULASAN