Samsung Mungkin Hadir Dengan Televisyen Berasaskan Tizen Seawal Tahun Hadapan?

Samsung Mungkin Hadir Dengan Televisyen Berasaskan Tizen Seawal Tahun Hadapan?

Diterbitkan pada Sep 13, 2013 oleh .

TizenDesas-desus berkenaan dengan Samsung dan Tizen bukan sesuatu yang baru. Selain beberapa gambar yang hadir memperlihatkan Galaxy S4 menjalankan Tizen 3.0, kini ia turut dikatakan Samsung mungkin akan memperlihatkan televisyen berasaskan Tizen pada tahun hadapan.

Tizen merupakan platform operasi sumber terbuka yang mana mendapat pelbagai sokongan nama besar termasuk Intel dan juga Samsung. Platform ini juga bakal dioptimasikan untuk pelbagai peranti, termasuk televisyen.

Walaubagaimanapun, sehingga kini, masih tiada peranti yang dijual di pasaran secara meluas, dan ramai menantikan telefon pintar berasaskan Tizen daripada Samsung.

Dari segi televisyen, pihak Samsung boleh dikatakan menggunakan perisian mereka tersendiri buat masa ini, dan mungkin dengan menggunakan platform Tizen, ia akan memudahkan lagi pembangun kandungan dan aplikasi untuk menawarkan ia pada pelbagai platform.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan diumumkan oleh Samsung melalui penggunaan platform Tizen ini kelak.


TIPS & ULASAN