Cari @ Amanz

DellDell dengan membawa syarikat ke penswastaan penuh, ia mengatakan mereka akan memfokuskan kepada sebuah “bab baru” untuk syarikat mereka. Dan daripada temuramah yang diadakan oleh CNBC, Dell mengatakan mereka tidak akan memfokuskan kepada perniagaan telefon pintar.

Daripada apa yang diketahui, selain memfokuskan kepada pengguna perusahaan, Dell juga akan turut sama memfokuskan kepada pasaran membangun, PC dan juga tablet.

Seperti dimaklumkan ketika pengumuman cip Intel baru tempoh hari, pihak Dell juga turut sama mengatakan mereka akan hadir dengan tablet “Venue” baru pada awal Oktober kelak. Daripada apa yang diketahui, tablet baru ini akan berasaskan kepada Windows 8.1, dan bersaiz sekitar 8-inci.

Jadi, bolehkah Dell terus bersaing dalam arena industri PC dan juga peranti mudah-alih yang semakin berkembang dari hari ke hari?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd