Microsoft Hadir Dengan Beberapa Video Menyindir Produk Baru Apple

Microsoft Hadir Dengan Beberapa Video Menyindir Produk Baru Apple

Diterbitkan pada Sep 14, 2013 oleh .

Apple pada minggu ini telah pun hadir dengan iPhone 5S dan juga iPhone 5C, dan kini, nampaknya seperti beberapa video sebelum ini, Microsoft turut hadir dengan video berbentuk pengiklanan yang menyindir iPhone baru tersebut.

Sebanyak 7 video diterbitkan pada saluran YouTube rasmi untuk Windows Phone, dimana melaluinya pihak Microsoft menyindir pelbagai aspek, termasuk antaranya adalah warna, pengimbas cap jari, kamera, dan juga bahan binaan berasaskan polikarbonat.

Sindir menyindir dalam arena teknologi bukanlah sesuatu yang baru, dimana ia telah dilakukan beberapa kali, termasuk sejak dulu melalui iklan Mac vs PC.

Jadi, apa kata anda berkenaan video-video yang diterbitkan oleh Microsoft ini?

Kemaskini : Pihak Microsoft dilihat telah menarik kembali video ini.


TIPS & ULASAN