Carian
Nokia Dilaporkan Menguji Android Pada Peranti Lumia Sebelum Tawaran Microsoft
September 14, 2013 Aman

Salah satu perkara yang sering diminta oleh peminat Nokia adalah untuk hadir dengan telefon berasaskan Android. Mengikut laporan NYT hari ini, ia dikatakan pihak Nokia menguji platform Android pada peranti Lumia sebelum pengambil-alihan oleh pihak Microsoft.

Nokia Android

Ujian sesuatu platform secara dalaman bukanlah sesuatu perkara baru oleh pengeluar peranti, dimana memberikan ruangan kepada mereka sekiranya sesuatu perancangan lain diperlukan. Perkara ini sekaligus memberikan ruangan untuk Nokia kepada beralih platform selepas perjanjian dengan Microsoft tamat pada penghujung 2014 kelak.

Namun, ia tidak diketahui sepenuhnya sama ada perkara ini yang membawa kepada pengambil-alihan oleh Microsoft.

Untuk makluman, platform Windows Phone sendiri boleh dikatakan dipopularkan oleh Nokia, dan sekiranya pihak Nokia meninggalkan Windows Phone, maka ia akan memberikan kesan yang amat tinggi kepada Microsoft.

Apa pun, ia tidak dikatakan apakah status semasa untuk projek Android oleh Nokia. Dan semestinya selepas pengambil-alihan oleh Microsoft selesai sepenuhnya pada awal tahun hadapan, projek tersebut akan ditamatkan sepenuhnya.

Komen