(Ura-Ura) Android 4.4 Dan Nexus 5 Akan Diumumkan Pada Pertengahan Oktober?

(Ura-Ura) Android 4.4 Dan Nexus 5 Akan Diumumkan Pada Pertengahan Oktober?

Diterbitkan pada Sep 14, 2013 oleh .

Dengan pengumuman nama Android 4.4 KitKat tempoh hari, semestinya ramai yang menantikan bilakah pihak Google akan memperkenalkan sistem operasi terbaru tersebut, bersama-sama dengan pelbagai fungsi baru untuknya.

Berbeza dengan Android 4.1 hingga Android 4.3 yang menggunakan nama Jelly Bean, pihak Google dilihat memperkenalkan nama baru untuk Android 4.4, sekaligus memberikan petanda ia bukan sahaja perubahan dari segi prestasi dan API untuk pembangun, tetapi lebih daripada itu.

Mengikut beberapa ura-ura yang kedengaran, ia dikatakan akan membolehkan Android 4.4 KitKat menyokong pelbagai jenis telefon pintar, termasuk versi lama, disamping membawakan widget notifikasi yang baru bersama-sama dengannya.

Bersama-sama dengan pengumuman Android 4.4 KitKat, ia juga dikatakan Google akan memperkenalkan telefon pintar Nexus 5 kepada umum.

Apa pun, ia hanya sekadar spekulasi awal sahaja mengatakan Google bakal umumkan berkaitan dengan kedua-dua perkara ini pada bulan Oktober kelak.


TIPS & ULASAN