Cari @ Amanz

Beberapa hari yang lepas, kita telah sedia mendengar mengenai phablet Nokia yang dijadualkan untuk dilancarkan pada penghujung bulan ini. Namun, nampaknya, ia dikatakan pelancaran tersebut dijadualkan semula ke bulan Oktober.

Perkara ini dikongsikan oleh pihak @evleaks melalui Twitter, mengatakan menurut beberapa sumber, pelancaran Nokia Lumia 1520 “Bandit” dijadualkan untuk pelancaran pada 22 Oktober.

Seperti biasa, ia hanya sekadar ura-ura sahaja, dan tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini. Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan dibawakan oleh pihak Nokia melalui phablet pertama mereka kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd