HP Dikatakan Akan Hadir Dengan Peranti Windows Phone 8

HP Dikatakan Akan Hadir Dengan Peranti Windows Phone 8

Diterbitkan pada Sep 15, 2013 oleh .

Hewlett-Packard dan Microsoft boleh dikatakan agak rapat, apatah lagi dengan pelbagai komputer riba yang hadir menjalankan sistem operasi Windows. Kini, ia dikatakan yang mana gergasi perkomputeran ini akan hadir dengan telefon pintar Windows Phone 8, seawal penghujung 2013 ini.

Pada tahun ini sendiri, pihak HP dilihat agak memfokuskan kepada pengeluaran peranti mudah-alih, dimana pada awal tahun mereka telah memperkenalkan HP Slate 7 yang dijana menggunakan Android.

Pada bulan Julai lepas, pihak HP sedia dikatakan akan hadir dengan sebuah telefon pintar, tetapi tiada berita lanjut sejak daripadanya.

HP, sejak mengambil-alih Palm, tidak pernah lagi mengeluarkan telefon pintar, dan boleh dikatakan agak gagal dengan tablet TouchPad berasaskan webOS sebelum ini.

Jadi, bolehkah HP bersaing dengan pelbagai jenama lain sekiranya mereka ke arena telefon pintar?


TIPS & ULASAN