Desas-Desus Awal Berkenaan Sony Xperia Z2 Mula Kedengaran

Desas-Desus Awal Berkenaan Sony Xperia Z2 Mula Kedengaran

Diterbitkan pada Sep 15, 2013 oleh .

Baru sahaja pada awal bulan September ini pihak Sony memperkenalkan telefon pintar Xperia Z1 dan masih belum mula dijual lagi. Tetapi lebih pantas daripada sebelumnya, kini beberapa ura-ura dan desas-desus hadir memperkatakan mengenai Xperia Z2.

Mengikut spekulasi awal, telefon pintar Xperia Z2 ini dijangka akan membawakan skrin bersaiz sekitar 5.2-inci hingga 5.5-inci, dan dilengkapi dengan skrin Triluminos dan dikatakan akan membawakan kepadatan pixel melebihi 500PPI.

Seperti Xperia Z1, spekulasi berkenaan Xperia Z2 juga mengatakan pihak Sony akan terus memfokuskan kepada sokongan kamera, dan akan membolehkan rakaman video 4K dilakukan menggunakannya. Ia dijangka pihak Sony akan mengekalkan kamera 20.7-megapixel bersama-sama dengannya, tetapi turut sama akan menyertakan sokongan Xenon Flash.

Dari segi bateri pula, peranti baru ini dijangka akan membawakan bateri berkapasiti 3200mAh, dan menawarkan masa penggunaan yang bersesuaian dengan penggunaan skrin paparan beresolusi tinggi pada peranti ini.

Apa pun, memandangkan ia spekulasi awal, maka mungkin pelbagai spesifikasi ini hanya sekadar ujian awal, dan mungkin akan berubah pada versi akhir kelak.

Seperti dikatakan ramai, spekulasi ini tampak mungkin palsu.


TIPS & ULASAN