Cari @ Amanz

Apple bakal menawarkan iOS 7 kepada umum pada 18 September ini, dan kini ia dilihat pihak Apple telah mengemaskini halaman untuk produk Siri, sekaligus tidak lagi menyertakan label “Beta” seperti mana diperlihatkan sebelum ini.

Siri iOS7

Sokongan Siri telah diperkenalkan oleh Apple bersama-sama iPhone 4S sebelum ini, membolehkan pengguna bercakap dengan Siri, dan mendapatkan maklumbalas berkaitan pelbagai topik. Fungsi Siri sebagai pembantu peribadi, selain membolehkan peranti dikawal melalui input suara telah mendapat perhatian ramai ketika sokongan tersebut diperkenalkan pada tahun 2011 yang lepas.

Siri untuk iOS 7 kelak akan membawakan beberapa fungsi tambahan, disamping menyertakan antaramuka baru untuknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd