Aplikasi Google Maps Untuk Android – Menyertakan Iklan Tempahan Untuk Hotel

Diterbitkan pada Sep 15, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google terus memperkenalkan pembaharuan pada aplikasi pemetaan mereka, Google Maps. Terkini, Google Maps untuk Android membawakan beberapa fungsi baru, termasuk memperlihatkan iklan untuk carian hotel, disertakan bersama-sama harga untuk tempahannya.

Google Maps Android

Selain daripada itu, pada menu bahagian “Tips & Tricks”, dan membuka halaman bantuan Google Maps pada pelayar web apabila memilihnya.

Google juga turut mengatakan sokongan navigasi pada Google Maps baru ini kini lebih baik, dengan sokongan informasi trafik dan perjalanan yang dikemaskini.

Bagi pengguna Android, anda boleh mengemaskini Google Maps dengan ke Google Play Store hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami