Quip – Aplikasi Pemproses Dokumen Untuk Peranti Mudah-Alih

Quip – Aplikasi Pemproses Dokumen Untuk Peranti Mudah-Alih

Diterbitkan pada Sep 16, 2013 oleh .

Terdapat beberapa aplikasi yang memfokuskan kepada kebolehan membaca dan menyunting dokumen pada peranti mudah-alih, dan salah satu daripadanya adalah Quip. Quip buat masa ini hanya disokong untuk iOS, selain turut menyediakan versi preview untuk Android.

Quip

Quip menggunakan akaun Google untuk berfungsi, dimana pengguna boleh log masuk menggunakan akaun Google, dan kemudian boleh melihat pelbagai jenis dokumen, selain mana berkolaborasi bersama rakan-rakan lain dalam penyuntingan dokumen.

Bercakap mengenai sokongan kolaborasi, boleh dikatakan kebanyakkan aplikasi pejabat dan pengurusan dokumen yang lain masih belum menyokongnya buat masa ini.

Quip turut sama membolehkan pengguna bersembang dengan rakan-rakan lain pada setiap dokumen. Setiap perkara yang diubah juga dicatat pada bahagian tepi, memudahkan untuk pengguna merujuknya.

Quip juga turut sama boleh diakses melalui laman web rasmi mereka, sekaligus memudahkan pengguna untuk membuat penyuntingan terus melalui sebarang komputer.

Quip

Daripada apa yang dilihat, pihak pembangun Quip juga sedang dalam proses membangunkan aplikasi Android, dan versi preview untuknya sedia dimuat-turun.

Muat-Turun Quip untuk iOS

Muat-Turun Quip untuk Android (Preview)

Layari : Quip


TIPS & ULASAN