Carian
Gambar Peranti Windows Phone Akan Datang Daripada Huawei Tertiris Ke Web
September 16, 2013 Aman

Huawei merupakan salah satu syarikat yang mengeluarkan peranti berasaskan Windows Phone, tetapi seperti masih belum pernah dilancarkan untuk pasaran Malaysia sehingga kini.

Huawei Ascend W3

Selain Ascend W1 dan juga Ascend W2, kini gambar baru hadir, dikatakan ramai sebagai Ascend W3. Daripada rekabentuk yang diperlihatkan, ia boleh dikatakan peranti baru ini mengekalkan elemen-elemen seumpama beberapa peranti mereka sebelum ini.

Buat masa ini, spesifikasi berkenaan peranti berkenaan tidak diketahui sepenuhnya, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut berkenaan dengan peranti baru ini tidak lama lagi.

Huawei Ascend W3

Jadi, sekiranya peranti Windows Phone daripada Huawei ditawarkan, adakah anda akan memilihnya, atau kekal dengan peranti Windows Phone daripada Nokia?

Komen