Mercedes-Benz Memperlihatkan Kereta Yang Dipandu Automatik

Mercedes-Benz Memperlihatkan Kereta Yang Dipandu Automatik

Diterbitkan pada Sep 16, 2013 oleh .

Pada tahun ini, ramai pengeluar kereta telah mula memperlihatkan prototaip kereta yang dipandu automatik mereka tersendiri, dan pihak Mercedes-Benz turut sama telah memperlihatkannya pada minggu lepas.

Buat masa ini, ia boleh dikatakan dalam peringkat kajian lagi, dan ia dijangka akan diperkenalkan kepada yang lain dalam masa kurang sedekad dari sekarang.

Daripada apa yang dikongsikan, Mercedes-Benz S 500 Intelligent Drive telah pun melalui ujian sehingga perjalanan lebih 100 kilometer, dan mempunyai kebolehan untuk mengawal kenderaan melalui pelbagai laluan sukar, dan secara automatik memperlahankan kenderaan, ataupun menghentikan kenderaan apabila terdapat halangan.

Daripada apa yang diketahui, pelbagai pengeluar lain sedang membangunkan teknologi serupa, termasuk Volvo, Volkswagen, Nissan dan juga termasuk pihak Google sendiri.


TIPS & ULASAN