Carian
Camera360 Bekerjasama Dengan Sony – Akan Menyokong Cyber-shot QX
September 16, 2013 Aman

Camera360Sony pada awal bulan ini telah pun memperkenalkan sebuah peranti baru mereka, iaitu lensa-kamera Cyber-shot QX100 dan juga Cyber-shot QX10. Dan bersempena dengannya, kini Camera360 mengumumkan kerjasama dengan pihak Sony untuk menyokong lensa-kamera tersebut melalui aplikasi mereka.

Buat masa ini, untuk menggunakan lensa-kamera berkenaan, pengguna perlu menghubungkan ia melalui PlayMemories Mobile. Tetapi, dengan pengenalan SDK untuk para pembangun, ia membolehkan aplikasi lain turut mengintegrasikannya, dan bermula dengan aplikasi popular – Camera360.

Melalui aplikasi berkenaan kelak, sebuah mod baru akan diperkenalkan, dinamakan sebagai “Sony Camera”, membolehkan pengguna menghubungkan ia menggunakan WiFi atau NFC, dan menggunakan lensa-kamera tersebut.

Camera360 dijangka akan memperkenalkan sokongan tersebut melalui kemaskini versi 4.8 untuk aplikasi mereka pada bulan ini.

Komen