Nokia Mengumumkan Nokia 108 – Telefon Mampu-Milik Dengan Kamera

Nokia Mengumumkan Nokia 108 – Telefon Mampu-Milik Dengan Kamera

Diterbitkan pada Sep 16, 2013 oleh .

Nokia 108Nokia hari ini menambah tawaran feature phone mereka, dengan mengumumkan Nokia 108 yang mana hadir dalam pilihan dwi-SIM, serta menyertakan kamera belakang bersama-sama dengannya.

Nokia 108 boleh dikatakan sebagai kemaskini Nokia 105, yang mana penambahannya adalah dari segi kamera VGA, tetapi masih mengekalkan harga rendah untuk peranti berkenaan.

Nokia 108

Selain kamera VGA, Nokia 108 turut sama membawakan sokongan mikro-SD, dimana membolehkan pengguna menyimpan gambar dan video. Dari segi lain, Nokia 108 menyertakan skrin bersaiz 1.8-inci, radio FM, pemain MP3 dan masa bertahan sehingga 31 hari.

Nokia 108 akan ditawarkan dalam warna merah, kuning dan cyan. Tarikh penjualan dan harga tempatannya masih tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN