Jolla Sailfish OS Kini Selari Dengan Ekosistem Android

Jolla Sailfish OS Kini Selari Dengan Ekosistem Android

Diterbitkan pada Sep 16, 2013 oleh .

Pihak Jolla yang hadir Sailfish OS sebelum ini hari mengumumkan salah satu perkara menarik untuk para peminat mereka, dimana kini sistem operasi tersebut selari dengan ekosistem Android dari segi aplikasi dan juga sokongan hardware.

Daripada apa yang dikongsikan, Sailfish OS kini boleh menjalankan aplikasi Android tanpa sebarang pengubahan pada aplikasi berkenaan. Ia juga akan menyokong sokongan gesture yang popular pada Jolla. Ini sekaligus membawakan pelbagai aplikasi popular seperti Instagram, WhatsApp, WeChat dan sebagainya dapat dijalankan pada Sailfish OS tanpa masalah.

Pihak Jolla turut mengatakan mereka akan bekerjasama dengan penyedia kedai aplikasi terkemuka, dalam membolehkan pengguna Sailfish OS memasang aplikasi Android dengan mudah.

Pada masa yang sama, Jolla turut sama mengumumkan yang mana kini Sailfish OS menyokong hardware seumpama Android, sekaligus memudahkan pengeluar peranti lain menyertakan sistem operasi berkenaan pada peranti keluaran mereka.


TIPS & ULASAN