Fail APK Untuk Aplikasi BBM Tertiris – Masih Tidak Dapat Digunakan Sepenuhnya

Fail APK Untuk Aplikasi BBM Tertiris – Masih Tidak Dapat Digunakan Sepenuhnya

Diterbitkan pada Sep 16, 2013 oleh .

Dengan bulan September yang semakin menghampiri penghujungnya, semestinya ramai yang menantikan aplikasi BBM pada Android dan iOS. Dan kini, sebuah fail APK tertiris, kelihatan seperti aplikasi BBM untuk Android.

Walaubagaimanapun, ia masih tidak dapat digunakan sepenuhnya buat masa ini. Daripada apa yang diperlihatkan, ia membolehkan pengguna dengan ID BlackBerry sedia ada untuk log masuk, ataupun mendaftarkan ID baru menggunakan alamat emel.

Mengikut ujian kami sendiri, ia melepasi fasa pendaftaran, tetapi tidak membolehkan pengguna untuk menggunakan perkhidmatan BBM buat masa ini.

Perkara ini mungkin kerana ia hanya terhad untuk mereka dengan akses ujian beta sahaja buat masa ini.

Jadi, mungkinkah kita akan melihat aplikasi BBM untuk Android dan iOS dilancarkan dalam beberapa hari lagi?


TIPS & ULASAN