Samsung Dijangka Akan Menyertakan Masa Bertahan Bateri Lebih Lama Pada Galaxy Gear 2

Samsung Dijangka Akan Menyertakan Masa Bertahan Bateri Lebih Lama Pada Galaxy Gear 2

Diterbitkan pada Sep 16, 2013 oleh .

Jam tangan pintar daripada Samsung, iaitu Galaxy Gear masih belum mula dijual di pasaran tempatan, dan bakal dilancarkan pada penghujung minggu ini. Namun, menariknya, kini dikatakan pihak Samsung sedia memulakan pembangunan untuk versi barunya, dan dijangka akan diperkenalkan pada awal tahun hadapan.

Mengikut apa yang dikatakan, Galaxy Gear baru ini kelak dijangka akan menyertakan masa bertahan bateri yang lebih lama, disamping menyertakan integrasi GPS dan sokongan untuk lebih banyak peranti Android.

Buat masa ini, disebabkan oleh BLE, maka Galaxy Gear hanya menyokong peranti Samsung berasaskan Android 4.3 sahaja.

Apa pun, ia hanya sekadar spekulasi awal sahaja, dan sama-sama kita nantikan apa yang akan dibawakan oleh Samsung melalui generasi baru jam tangan pintar mereka kelak.


TIPS & ULASAN