Google Mengambil-Alih Aplikasi Bump

Google Mengambil-Alih Aplikasi Bump

Diterbitkan pada Sep 17, 2013 oleh .

Sebelum ini, kami pernah berkongsi akan mengenai Bump, yang mana memudahkan pengguna untuk memindahkan fail, gambar dan video daripada telefon pintar Android dan iPhone terus ke komputer riba. Kini, nampaknya ia telah pun diambil-alih oleh pihak Google.

Menurut pembangunnya melalui laman rasmi Bump, ia dikatakan Bump akan terus beroperasi seperti biasa buat masa ini.

Ia tidak diketahui lagi pada aplikasi dan perkhidmatan apakah pihak Google akan mengintegrasikan Bump. Harga pengambil-alihan juga tidak diumumkan kedua-dua pihak buat masa ini.


TIPS & ULASAN