BlackBerry Z30 Akan Dilancarkan Di Malaysia Esok?

BlackBerry Z30 Akan Dilancarkan Di Malaysia Esok?

Diterbitkan pada Sep 17, 2013 oleh .

Sementara pihak BlackBerry dilihat sedang mencari pembeli ataupun syarikat yang ingin bekerjasama dengan mereka, ia tidak menghentikan pelancaran telefon pintar mereka yang pernah dipanggil dengan nama “A10” sebelum ini, iaitu BlackBerry Z30.

BlackBerry Z30 akan membawakan skrin bersaiz 5-inci Super AMOLED dengan resolusi 1280×768 pixel, cip pemprosesan dwi-teras 1.7GHz, memori sebanyak 2GB RAM, bateri berkapasiti 2880mAh, dan juga dijana menggunakan BlackBerry OS 10.2.

BlackBerry Z30

Peranti ini juga dijangka akan menyertakan kamera 8-megapixel, selain mana turut dikatakan akan membawakan sebuah penutup hadapan dengan fungsi seumpama “smart-cover“.

Seperti semua sedia maklum, pihak BlackBerry sedia menghantar jemputan media khas untuk 18 September ini. Jadi, sama ada peranti BlackBerry Z30 diumumkan, ataupun sebarang perkara lain, kami seperti biasa akan membawakan kemaskini langsung daripada acara berkenaan.


TIPS & ULASAN