Bersama-sama dengan pengumuman telefon pintar iPhone 5S dan iPhone 5C pada minggu lepas, pihak Apple turut sama telah menambah aksesori berupa dock untuknya.
Walaupun kedua-dua peranti berkenaan masih belum disenaraikan, tetapi kelihatan pihak Apple telah menambah dock untuknya pada Apple Store Malaysia.
Menggunakan dock khas berkenaan, pengguna boleh mengecas dan juga sync telefon pintar iPhone 5S ataupun iPhone 5 melaluinya. Selain boleh dihubungkan ke komputer, dock ini juga membolehkan telefon pintar iPhone 5S atau iPhone 5 dihubungkan terus ke speaker.
Walaupun disenaraikan pada Apple Store Malaysia, namun status semasa ditetapkan kepada Unavailable, sekaligus membuatkan pengguna tidak boleh membelinya buat masa ini.