Pelancaran Firefox Metro Ditangguhkan Ke Awal Tahun Hadapan

Pelancaran Firefox Metro Ditangguhkan Ke Awal Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Sep 17, 2013 oleh .

Setelah ditangguhkan beberapa kali, kini nampaknya pihak Mozilla sekali lagi menangguhkan pelancaran Firefox Metro, dimana kini dikatakan akan hadir sekitar bulan Januari 2014 nanti.

Firefox Metro

Mozilla sedia menawarkan versi pembangunan untuk “Firefox Metro”, tetapi ia kelihatan masih tidak bersedia untuk pengguna umum buat masa ini.

Firefox Metro ditujukan kepada para pengguna Windows 8 dan juga Windows RT, dalam menawarkan penggunaan aplikasi yang selari dengan tema antaramuka baru Windows tersebut.

Sebelum ini, ia dijadualkan untuk pelancaran sekitar penghujung tahun ini, dan kini kelihatan hanya akan hadir pada suku pertama 2014 kelak.


TIPS & ULASAN