Valve Mungkin Memperkenalkan “Steam Box” Pada Minggu Hadapan

Valve Mungkin Memperkenalkan “Steam Box” Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Sep 17, 2013 oleh .

Piston SteamBoxValve sedia memperkenalkan beberapa permainan untuk platform Linux, selain mana membawa Steam untuk Linux. Kini, mengambil pentas pada LinuxCon, Gabe Newell turut sama berkongsi mengatakan yang mana Linux dan sumber terbuka adalah masa depan untuk dunia gaming.

Gabe berkongsi mengatakan dunia sumber terbuka membolehkan inovasi berlaku lebih pantas, dan tidak perlu bergantung kepada sesuatu sistem yang khusus untuk sesuatu perkara. Beliau turut memberi contoh, mengatakan untuk kemaskini permainan iPad, ia mengambil masa sehingga enam bulan untuk mendapat pengesahan Apple, sebelum ia diterbitkan kepada pengguna.

Menariknya, pada acara berkenaan juga, pihak Valve berkongsi mengatakan mereka akan berkongsi lebih maklumat berkaitan dengan Steam Box yang dinantikan ramai, mungkin seawal minggu hadapan. Steam Box ini boleh dikatakan sebagai salah satu usaha untuk membawa lebih banyak permainan PC ke televisyen, dan daripada apa yang kelihatan, mungkin ia berasaskan kepada Linux.

Sehingga kini, pelbagai permainan popular telah pun tersedia untuk Linux, termasuk Counter-Strike, Half-Life, DOTA 2, Left4Dead, dan banyak lagi. Ia dikatakan sebanyak 198 permainan disediakan untuk Linux, dan angka tersebut terus bertambah dari masa ke semasa.


TIPS & ULASAN