Sony Malaysia Melancarkan Siri Kamera Baru Untuk Tahun 2013

Sony Malaysia Melancarkan Siri Kamera Baru Untuk Tahun 2013

Diterbitkan pada Sep 17, 2013 oleh .

Sony Malaysia hari ini telah melancarkan beberapa kamera baru untuk pasaran tempatan, termasuklah Sony Action Cam, Sony Music Video Recorder, 4K Camcorder, Alpha NEX baru, Cyber-shot QX, dan juga Sony Alpha baru.

Sony Camera 2013

Sony Nex-5T

Untuk acara pelancaran ini, Sony Malaysia dilihat memfokuskan kepada kamera Sony NEX-5T yang mana membawakan sokongan NFC dan WiFi untuk perkongsian. Disamping itu, ia turut menyertakan sokongan Exmor sensor APS HD CMOS untuk rakaman gambar dan video pada kualiti HD penuh, pelbagai fungsi tambahan melalui PlayMemories Camera Apps, dan sensor imej 16.1-megapixel.

NEX-5T ini bakal dijual bermula penghujung September pada harga RM2299.

Sony 4K Camcorder

Sony 4K Camcorder turut mengambil pentas utama, dimana seperti pada namanya, ia merupakan camcorder pertama dengan sokongan 4K yang menyasarkan pengguna umum. Untuk menyambung ia ke televisyen juga, pengguna hanya memerlukan satu kabel HDMI sahaja, berbeza dengan beberapa camcorder lain di pasaran. Sony 4K Camcorder Handycam FDR-AX1 ini bakal ditawarkan di Malaysia bermula bulan November kelak.

Selain itu, bagi mereka yang ingin merakamkan aktiviti lasak mereka, Sony memperkenalkan Action Cam mereka, membolehkan ia merakamkan pelbagai aksi dalam bentuk yang amat stabil. Disamping itu, ia juga turut mengintegrasikan sokongan NFC dan WiFi, disamping saiznya yang amat kompak.

Action Cam HDR-AS30V ini dijangka akan hadir ke pasaran tempatan bermula Oktober 2013 kelak.

Sony Music Video Recorder

Memfokuskan kepada mereka yang gemar rakamkan muzik-video pula, Sony hadir dengan Music Video Recorder, membawakan kualiti rakaman audio yang amat baik, serta membolehkan pengguna untuk menyuntingnya menggunakan perisian audio selepas rakaman.

Sony Music Video Recorder HDR-MV1 ini bakal ditawarkan di Malaysia pada penghujung tahun kelak.

Dan kamera akhir sekali yang turut dilancarkan untuk pasaran tempatan adalah Sony a3000, menyertakan sensor APS-C Exmor 20.1-megapixel dengan sokongan rakaman HD penuh, pilihan lebih 18-lensa E-mount, dan boleh didapati daripada penjual Sony seluruh negara pada harga RM1299.


TIPS & ULASAN