Microsoft Memperkenalkan Logo Baru Untuk Enjin Carian Mereka – Bing

Microsoft Memperkenalkan Logo Baru Untuk Enjin Carian Mereka – Bing

Diterbitkan pada Sep 17, 2013 oleh .

Microsoft hari ini telah pun memperkenalkan kemaskini kepada penggunaan logo pada enjin carian dan perkhidmatan web mereka – Bing. Bersama-sama dengannya beberapa kemaskini turut diperkenalkan kepada enjin carian mereka itu.

Bing

Daripada apa yang dikongsikan, ia kelihatan Microsoft mengimplementasikan sokongan fungsi ringkas pada bahagian tepi keputusan carian Bing, lebih kurang seperti Knowledge Graph pada Google.

Enjin Carian Bing daripada Microsoft boleh dikatakan kurang popular di Malaysia, apatah lagi dengan pelbagai fungsi yang terhad hanya kepada pengguna Amerika Syarikat sahaja.

Apa pun, dengan pengenalan logo baru ini, ia membolehkan pihak Microsoft hadir dengan rekabentuk yang selari dengan beberapa rekabentuk logo mereka yang lain berasaskan kepada Metro (ModernUI).


TIPS & ULASAN