Carian
Samsung Galaxy NX Dengan Sokongan Lensa-Boleh-Ubah Berharga RM4199 Di Malaysia
September 17, 2013 Aman

Pada Samsung PREMIERE 2013 yang lepas, pihak Samsung telah pun memperkenalkan kamera NX mereka yang dijana menggunakan Android, iaitu Galaxy NX. Kini, ia diumumkan kamera tersebut akan ditawarkan untuk pasaran tempatan bermula penghujung September ini.

Galaxy NX membawakan sensor APS-C 20.3-megapixel, membolehkan pengguna merakamkan gambar dengan jelas, walaupun pada keadaan cahaya rendah Ia juga turut dilengkapi dengan sokongan Hybrid Auto Focus, serta kelajuan shutter sehingga 1/6000 saat.

Galaxy-NX-1

Galaxy-NX-2

Salah satu kelebihan pada Galaxy NX adalah pengguna boleh memilih lensa yang digemari mereka, dan menggunakan dengan kesesuaian untuk rakaman.

Memandangkan ia menggunakan nama Galaxy, mungkin semua sedia maklum akan ia dijana menggunakan Android. Galaxy NX menjalankan Android 4.2 Jelly Bean, sekaligus menyertakan lebih 30 pemilihan mod pintar sama, lebih kurang seperti pada Samsung Galaxy Camera.

Untuk tujuan perkongsian pula, Galaxy NX didatangkan dengan sokongan WiFi dan juga rangkaian 4G LTE melaluinya.

Di Malaysia, ia akan ditawarkan pada harga RM4199, dan boleh didapati bermula 30 September ini.

Komen