DiGi Memperlihatkan Harga Jualan Tempatan Samsung Galaxy Gear – RM999

DiGi Memperlihatkan Harga Jualan Tempatan Samsung Galaxy Gear – RM999

Diterbitkan pada Sep 17, 2013 oleh .

DiGi hari ini dilihat telah mula menghantar emel kepada mereka yang mendaftarkan minat untuk Galaxy Note 3, sekaligus memperlihatkan harga jualan saranan Galaxy Gear, iaitu RM999.

Galaxy Note 3 DiGi

Samsung Malaysia akan melancarkan Galaxy Note 3 dan juga Galaxy Gear untuk pasaran Malaysia pada hari Jumaat ini.

Samsung Galaxy Gear merupakan jam tangan pintar daripada Samsung, menyertakan skrin bersaiz 1.63-inci, dan dilengkapi kamera 1.9-megapixel. Ia dijana menggunakan Android, dan menyokong Galaxy Note 3 dan juga Galaxy Note 10.1 buat masa ini. Samsung juga turut bekerjasama dengan pelbagai pembangun aplikasi untuk menyediakan aplikasi khas untuk Galaxy Gear.

Melalui emel yang dihantar, ia dilihat pihak DiGi juga turut sama menawarkan Galaxy Gear secara percuma untuk mereka yang membeli Galaxy Note 3 dan melanggan pelan DG SmartPlan 148.

Tempahan untuk Galaxy Note 3 dijangka akan dimulakan esok. Selain DiGi, pihak Maxis dan juga Celcom dilihat masih senyap tanpa sebarang info buat masa ini.


TIPS & ULASAN