Cari @ Amanz

Permainan yang dinantikan ramai, iaitu Grand Theft Auto V telah pun mula dijual di pasaran tempatan bermula hari ini, dan menariknya, bersama-sama pelancaran permainan berkenaan, pihak Rockstar turut menyediakan dua aplikasi bersempena dengannya.

Yang pertama adalah Grand Theft Auto V : The Manual, yang mana menawarkan panduan untuk permainan popular berkenaan. Ia ditawarkan untuk pengguna peranti iOS dan juga komputer Windows buat masa ini. Pihak Rockstar turut mengatakan ia akan hadir ke platform lain tidak lama lagi.

GTA V : The Manual

Aplikasi iFruit pula menambah pengalaman permainan untuk GTA V dengan beberapa aktiviti menarik, disamping turut mengintegrasikan sokongan interaksi sosial melaluinya. Ia juga turut sama menyertakan berita untuk permainan berkenaan, selain beberapa perkara tambahan melaluinya.

iFruit ini telah sedia untuk pengguna iOS buat masa ini, dan dijangka akan hadir ke platform lain dalam masa terdekat.

GTA V : iFruit

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd