Ragnarok : War of Gods Sedia Dimuat-Turun Dari Google Play Store

Ragnarok : War of Gods Sedia Dimuat-Turun Dari Google Play Store

Diterbitkan pada Sep 17, 2013 oleh .

Dalam pelbagai permainan online, salah satu yang popular adalah Ragnarok. Selain memperkenalkan Ragnarok 2 baru-baru ini, kini sebuah permainan versi mudah-alih turut tersedia di Google Play, dinamakan sebagai “War of Gods”.

Ragnarok War of Gods

Ragnarok : War of Gods ini dilihat menggunakan sokongan akaun Facebook untuk mendaftarkan akaun, dan seterusnya pemain boleh memainkan ia seperti biasa. Ia masih mengekalkan ciri-ciri dan pelbagai perkara seumpama versi asal Ragnarok.

Bagi pengguna Android yang berminat, anda boleh memuat-turun permainan ini secara percuma daripada Google Play Store, dan memainkan ia bersama rakan-rakan lain. Untuk makluman, ia menggunakan akses internet, maka mungkin anda ingin sambungkan peranti anda ke WiFi sebelum memulakan permainan.

Muat-Turun Ragnarok War of Gods untuk Android


TIPS & ULASAN