Hari ini, melalui akaun rasmi Nokia, mereka telah pun menerbitkan sebuah imej baru, memperlihatkan mereka akan hadir dengan sesuatu yang baru pada 22 Oktober 2013 kelak.
Perkara ini hadir dengan laporan sebelum ini mengatakan pengumuman Lumia 1520 ditangguhkan kepada bulan Oktober.
Pihak Nokia turut menggunakan perkataan “Innovation Reinvented” pada imej terbaru mereka ini. Mengikut spekulasi sebelum ini, ia dikatakan pihak Nokia akan memperkenalkan sebuah tablet Windows RT dan juga phablet berasaskan Windows Phone 8.
Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan dibawakan oleh Nokia pada acara berkenaan kelak.