Mozilla Firefox 24 Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Windows, Linux dan Mac

Mozilla Firefox 24 Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Windows, Linux dan Mac

Diterbitkan pada Sep 18, 2013 oleh .

Pihak Mozilla hari ini telah pun mengemaskini pelayar web desktop mereka dan juga versi Android, sekaligus menyertakan beberapa fungsi dan penambah-baikkan pada pelayar web Firefox mereka.

Firefox 24 untuk desktop membawakan kemudahan untuk pengguna memadam tab yang dibuka, sekaligus memudahkan pengurusan pelayaran web mereka. Ia juga turut sama menawarkan kebolehan pengguna membuka tetingkap chat pada tetingkap berasingan daripada pelayar web.

Selain itu, pihak Mozilla dilihat lebih banyak menambah fungsi baru pada versi Android. Melalui Firefox 24 untuk Android, ia membolehkan pengguna untuk berkongsi pautan dan tab yang dibuka melalui NFC, selain mana turut menyertakan sokongan WebRTC untuk panggilan video.

Bagi para pengguna sedia ada, anda boleh memulakan proses kemaskini, sementara untuk pengguna baru pula, anda boleh memuat-turun Firefox 24 hari ini untuk desktop dan Android.

Muat-Turun pelayar web Firefox untuk desktop

Muat-Turun Firefox untuk Android


TIPS & ULASAN