Sertai Cradle Ideas To Invest: Untuk Pembangun & Pelabur.

Sertai Cradle Ideas To Invest: Untuk Pembangun & Pelabur.

Diterbitkan pada Sep 18, 2013 oleh .

Cradle Ideas2InvestCradle Fund sedia terkenal dalam mengendalikan program untuk teknokrat dan usahawan berasaskan ICT. Kini, mereka akan hadir dengan acara Ideas To Invest, bersempena dengan minggu Global Entrepreneurship Summit yang akan diadakan pada Oktober kelak.

Acara Ideas To Invest ini dikhususkan untuk menyatukan pembangun dan pengasas produk ICT dengan pelabur tahap awal (Angel Investor).

Sepertimana yang kita maklum, cabaran buat para pembangun dan pengasas produk ICT adalah terutamanya dalam menjana modal permulaan yang sepatutnya untuk memulakan perniagaan. Di dalam era yang serba mencabar ini, sekiranya syarikat baru yang mempunyai modal yang cukup merupakan satu kelebihan.

Tahun lepas, melalui Bajet 2011, ia menyaksikan kehadiran faedah khusus buat para pelabur yang melabur untuk industri ICT termasuklah pengurangan cukai. Untuk pelabur sebegini, agak sukar untuk mencari syarikat ICT lebih-lebih lagi sekiranya pelabur tersebut tidak mempunyai asas pengetahuan ICT.

Justeru acara yang menyatukan kedua-dua pihak pembangun produk ICT dan pelabur yang berminat di dalam arena ICT ini bakal membawa manfaat kepada semua. Pada acara ini yang mempunyai tema: ‘Produk & Perkhidmatan Berasaskan Awan’, Cradle akan menyediakan penganalisa industri dan juga jurulatih bisnes untuk membangunkan proposal berkaitan tema berkenaan.

Berikut merupakan jadual program Ideas To Invest yang akan berlangsung selama 9 hari bermula 4 Oktober sehingga 12 Oktober 2013.

ideas2invest-schedule2

Pasukan kombinasi pembangun dan pelabur yang memenangi program ini akan mendapat pembiayaan geran dari Cradle, termasuklah potensi untuk menarik minat para pelabur teroka tahap awal. Acara Ideas To Invest ini juga akan mempunyai rakan korporat tempatan dan antarabangsa yang akan berkongsi pandangan yang realistik berkenaan industri ICT dan keusahawanan.

Untuk mereka yang berminat, boleh mendaftar untuk program ini di : Cradle Ideas To Invest.

Advertorial oleh Cradle Fund.


TIPS & ULASAN