Lebih kurang seperti dibawakan oleh UMobile sebelum ini, kini pada laman Maxis, ia kelihatan mereka berkongsi akan pelan perkongsian internet mereka, dinamakan sebagai Share’n’Surf.
Melaluinya, pihak Maxis memfokuskan kepada satu pelan internet yang boleh dikongsi kepada lebih 5 peranti yang lain.
Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu mempunyai pelan internet dengan kuota bulanan 2GB dan ke atas, dan boleh mendafttarkan untuk pelan tersebut. Pengguna boleh mendapatkan kad-SIM tambahan sehingga 5 keping untuk digunakan pada peranti lain, dan dikenakan caj sebanyak RM15 sebulan, untuk setiap satu kad-SIM.
Dan seperti biasa, pelanggan boleh menambah kuota mereka untuk pelan internet sekiranya ia habis digunakan.
Jadi, bagi anda, adakah anda akan mendaftarkan pelan berasingan, ataupun akan mendapatkan pakej seumpama ini daripada syarikat telekomunikasi?