iCloud.com Dengan Antaramuka Seumpama iOS7 Diperkenalkan Untuk Semua

iCloud.com Dengan Antaramuka Seumpama iOS7 Diperkenalkan Untuk Semua

Diterbitkan pada Sep 18, 2013 oleh .

Setelah melalui ujian beta sebelum ini, hari ini pihak Apple telah pun memperkenalkan antaramuka laman iCloud yang baru kepada semua, bersempena dengan pengenalan iOS 7.

iCloud Beta

Melaluinya, ia selari dengan antaramuka iOS 7, selain mana turut menyertakan rekabentuk aplikasi web yang baru untuk Mail, Calendar, Notes, Reminders dan juga Find my iPhone.

Pengguna juga kini boleh membuat penyuntingan dokumen mereka terus melalui pelayar web, melalui iWork untuk iCloud.

Bagi pengguna Apple, anda boleh layari iCloud.com hari ini dan menggunakan versi baru ini.


TIPS & ULASAN