Samsung Dilaporkan Menguji Fungsi “Multi-User” Pada Galaxy Tab 3

Samsung Dilaporkan Menguji Fungsi “Multi-User” Pada Galaxy Tab 3

Diterbitkan pada Sep 18, 2013 oleh .

Pada Galaxy Tab 3 bersaiz 8-inci dan juga 10.1-inci, salah satu fungsi yang tidak disertakan adalah sokongan multi-user yang hadir pada Android 4.2. Dan kini, nampaknya pihak Samsung sedang menguji sokongan tersebut secara dalaman.

Samsung Multi-User

Melalui apa yang dikongsikan melalui SamMobile, fungsi ini kelak dijangka akan diperkenalkan kepada pengguna tablet mereka itu melalui kemaskini perisian.

Ia tidak diketahui lagi bilakakh kemaskini ini akan hadir, dan adakah fungsi lain akan disertakan bersama turut menjadi tanda tanya.

Sokongan multi-user telah diperkenalkan pada Android 4.2, khusus untuk tablet, membolehkan sesuatu tablet itu digunakan oleh lebih dari satu pengguna, dan dikongsikan antara rakan dan keluarga.


TIPS & ULASAN