Microsoft Mengumumkan Maklumat Harga Untuk Windows 8.1

Microsoft Mengumumkan Maklumat Harga Untuk Windows 8.1

Diterbitkan pada Sep 18, 2013 oleh .

Windows 8.1 Pro PackWindows 8.1 bakal dilancarkan kepada umum pada 18 Oktober kelak, dan hari ini pihak Microsoft telah pun berkongsi maklumat harga untuk sistem operasi terbaru mereka ini.

Untuk makluman, Windows 8.1 akan ditawarkan secara percuma untuk pengguna Windows 8 sedia ada.

Namun, sekiranya anda menjalankan Windows 7 atau XP, dan ingin mengemaskini kepada Windows 8.1, mungkin boleh mendapatkannya, tanpa perlu membeli Windows 8 terlebih dahulu.

Windows 8.1 akan ditawarkan pada harga $119.99 sementara versi PRO pula akan ditawarkan pada $199.99.

Seperti dapat lihat, harganya adalah sama dengan Windows 8 sebelum ini, dan tidak memperlihatkan sebarang perubahan.

Sekiranya perkara sama dikekalkan untuk pasaran tempatan, maka Windows 8.1 akan berharga RM550, sementara versi PRO pula akan berharga RM880.


TIPS & ULASAN