Aplikasi Mudah.MY Hadir Untuk Pengguna Android

Aplikasi Mudah.MY Hadir Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada Sep 18, 2013 oleh .

Mudah.my merupakan salah satu laman jual-beli dan penyenaraian barang yang popular di Malaysia. Kini, selain mengoptimasikan web mereka untuk peranti mudah-alih, pihak Mudah juga dilihat menyediakan aplikasi rasmi untuk perkhidmatan mereka.

Menggunakannya, pengguna boleh membuat carian barang, atau melihat barang-barang yang disenaraikan, mengikut negeri dan sebagainya. Pengguna juga boleh menggunakan ia untuk menyenaraikan barangan pada laman Mudah, tetapi bahagian ini dilihat kurang dioptimasikan untuk skrin peranti mudah-alih.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Mudah.my hari ini dari Google Play Store.

Muat-Turun Mudah.my dari Google Play Store


TIPS & ULASAN