Cari @ Amanz

Dr SheikhSelepas kejayaan angkasawan negara pertama sebelum ini, kini ia dikatakan angkasawan negara kedua akan dihantar untuk tujuan penyelidikan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menjelang tahun 2016.

Menurut Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Agensi Angkasa Negara dan juga Yayasan Angkasa Malaysia sedang giat bekerjasama, dan menentukan apakah misi dan tujuan utama penghantaran angkasawan kedua negara kelak.

Buat masa ini, ia boleh dikatakan masih pada peringkat perancangan, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut berkenaan dengannya dalam masa akan datang.

Selain daripada program angkasawan, Malaysia juga bakal menghantar mikrosatelit, TiungSAT pada awal tahun depan untuk memantau muka bumi.

RazakSAT-2 pula dijangka akan dihantar pada tahun 2015 kelak yang mana akan membantu dalam proses pemetaan dan juga pemantauan cuaca. RazakSAT-3 dijangka akan menyusul pada tahun 2018 kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd